POKOK TONGKAT ALI

 


 

NAMA LAIN

Bedara pahit, petala bumi, payung ali, bedara putih , pasak bumi.

 

PENGENALAN

Pasak bumi atau tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah tumbuhan pohon berkhasiat

yang dapat ditemukan di hutan-hutan Malaysia dan Indonesia bagian barat.

Akar pasak bumi terkenal berkhasiat sebagai afrodisiak, dianggap sebagai jamu untuk kejantanan pria.

Tumbuhan dapat mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan dataran rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada ujung batang. Kebanyakan pohon ini tidak bercabang, jika bercabang pun terlalu sedikit yaitu satu atau dua cabang saja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang, yang keluar dari pangkal daun.

Pokok Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia jack sememangnya sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Malaysia. Akar pokok tongkat ali memang terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis khasiat yang sudah terbukti keberkesannya. Selain akarnya, kulit pokok ini boleh direbus sebagai teh herba dipercayai bagi mengatasi masalah cacing dalam perut, sakit tulang, berasa sukar menghadamkan makanan dan sengal-sengal di pinggang. Daunnya pula boleh dijadikan air rebusan untuk mencuci kulit yang gatal manakala air rebusan buahnya diminum untuk merawat disenteri.

 

KEGUNAAN / KELEBIHAN TONGKAT ALI

Pada masa lalu, akar tongkat ali direbus sebagaimana menyediakan ubat periuk, di mana rebusan itu kemudiannya diminum dengan rasa yang pahit dan maung.

Namun melalui kajian saintifik, akarnya dihancurkan dan direbus untuk menghasilkan ekstrak larutan air tongkat ali. Air rebusan itu dikeringkan untuk menghasilkan serbuk dan seterusnya dimasukkan ke dalam kapsul (bukan habuk dari kayu atau akarnya). Pokok tongkat ali dikatakan dapat mengembalikan tenaga batin dan membunuh virus di dalam tubuh serta melegakan sengal-sengal dengan cara mengamalkan memakan ubat yang mempunyai tongkat ali.

1.. MENGURANGKAN RASA LETIH & MEMBAIKI KOMPOSISI TUBUH

Tongkat Ali  mengandungi komposisi eurycomaside, eurycolactone dan eurycomanone yang dapat membantu badan menggunakan tenaga dengan lebih efisien, mengurangkan rasa lesu dan meningkatkan stamina.

2. MEMBANTU MENGAWAL STRES

Kajian membuktikan Tongkat Ali mampu mengurangkan paras hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan seseorang rasa stres, fikiran bercelaru, bimbang dan cemas. Ia juga didapati berkesan dalam meningkatkan ‘mood’ seseorang. Para saintis juga berpendapat bahawa Tongkat Ali memiliki fungsi yang sama dengan ubat anti-keresahan bagi mengurangkan rasa kegelisahan.

3. MENCEGAH TUMOR / KANSER

Kajian mendapati Tongkat Alijuga sesuai diamalkan oleh wanita bagi mencegah kanser payudara. Sebatian kuasinode dari daun Tongkat Ali didapati memiliki kandungan perencatan pengaktifan virus Epstein-Barr yang menggalakkan penghasilan tumor dalam badan. 8 jenis sebatian dalam Tongkat Ali juga menunjukkan kesitotoksikan kuat bagi melawan kanser payudara.

SUMBER :

·        https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/hormon-lelaki/khasiat-tongkat-ali/

·        https://www.intanbk.intan.my/tamanherba/index.php/tongkat-ali

·        https://petrosains.com.my/wonderblog/mengenali-tongkat-ali-bersama-awang-ahmad-ums/

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini