ULAM RAJA


Pokok Ulam Raja



 PENGENALAN

Ulam raja atau kenikir merupakan tumbuhan spesies Cosmos yang berasal dari Amerika Latin merangkumi kawasan dari Rio Grande do Sul di selatan Brazil  ke Tamaulipas di utara Mexico serta kepulauan Caribbean diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika benua AsiaAfrika dan Australia.

Pokok ini dipercayai diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke kepulauan Filipina yang kemudiannya tersebar meliar serata Asia Tenggara. Tumbuhan ini dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat rantau ini terutamanya sebagai sejenis sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau dicicah dengan budusambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Ia mempunyai pelbagai nama setempat di benua Amerika Tengah yang asal:

·         chactsul (YucatanQuintana Roo)

·         estrella del mar ("bintang laut", Yucatan, Quintana Roo)

·         cambray (HondurasEl Salvador)

·         cambray rojo (Honduras, El Salvador)

·         mozote-doradilla (El Salvador)

·         flor de muerto ("bunga maut", Costa Rica)

 

SIFAT FIZIKAL

Pokok ini mampu tumbuh cecah setinggi 2 meter. Batangnya berwarna hijau keunguan bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan ukuran 8-27 × 2.5-12 cm dengan anak daun yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua; suatu bau unik akan terkeluar apabila daun-daun ini diramas. Daun-daun ini akan menguncup apabila malam tiba.

Bunganya bertangkai panjang dan berwarna kuning keunguan, bunga ini boleh tumbuh secara tunggal mahupun sedikit menjambak.





 

 

Bunga Ulam Raja

   

Masyarakat Eropah tidak begitu menyukai pengambilan tumbuhan ini sebagai sumber makanan kerana bau kuat yang dilepaskan, namun ia masih dimanfaatkan sebagai suatu tanaman hiasan kerana kuntum bunga ia yang digemari.

Ia juga ditanam sebagai suatu tanaman sungkup mengelakkan keringan tanah serta untuk menyegarkan udara sekitar.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN DALAM PERUBATAN

Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang dalam kalangan orang Melayu dan Jawa.

Daun dan batang pokok didapati mengandungi pelbagai jenis kimia asid fenolikflavonoidtaninkarotenoidsterol dan saponin antara lainnya.

Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamerkuersetin glikosidaasid klorogenikasid neoklorogenikasid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

 

SUMBER : Wikipedia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini