POKOK CEKUR
PENGENALAN
FAKTA TENTANG CEKUR (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang (Sila lihat foto diatas). Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman.Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur.
Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae",[1] ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
ULAM
Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.
KHASIAT
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan
Dari segi khasiat dan untuk perubatan dikalangan Masyarakat Melayu dahulu daun dan rizom cekur ada digunakan didalam mengatasi masaalah malaria dan resdung. Dalam pada itu dikalangan orang Cina memang ada juga menggunakan cekur didalam kaedah perubatan cara tradisional mereka. Mereka yang ada masaalah sakit gigi, menghilangkan masaalah kelumumur dan membunuh kutu dikepala mereka akan menggunakan cekur yang dijadikan ubat. Begitu juga cekur dilaporkan ada diguna untuk merawat masaalah membuang angin dalam perut (lepas makan cekur akan buang angin dengan signifikan), mengatasi masalah sembelit dan juga menambah selera makan. Dalam perusahaan membuat param digunakan cekur ini sebagai salah satu bahan enting yang dijadikan ramuannya. Param adalah bahan yang digunakan didalam perubatan tradisional yang disapukan pada bahagian tertentu agar awet muda, kulit yang liicin, mengeluarkan angin badan dan juga untuk bentuk badan menarik atau langsing. Air rebusn cekur yang diminum mampu merawat ibu selepas bersalin, sakit kepala, mual hendak muntah dan juga masaalah gastrik. Daunnya pul ajika diluumatkan dan ditampal pada kerongkong boleh atasi masalah kerengsaan kerongkong dan hilangkan batuk. Paling terkini dimana ekstrak rizom cekur didapati boleh digunakan untuk membunuh nyamuk Culex quinquefasciatus dan jug membunuh nyamuk Aedes aegypati yang membawa penyakit merbahaya kepada manusia.
SUMBER
https://ms.wikipedia.org/wiki/Cekur
http://animhosnan.blogspot.com/2019/11/fakta-tentang-cekur.html
Ulasan
Catat Ulasan