POKOK LENGKUAS
Pokok Lengkuas atau
nama saintifiknya Alpinia
galanga tergolong dalam famili Zingiberaceae. Lengkuas
merupakan sejenis tumbuhan perennial iaitu mempunyai jangkahayat yang
panjang. Lengkuas tumbuh
secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Daunnya
berwarna hijau, bentuk memanjang dan runcing di hujung daun.
Rizomnya yang tebal tumbuh secara menjalar dan berumpun. Pokok lengkuas boleh ditanam dengan mudah iaitu dengan menanam keratan rizomnya (ubi). Lengkuas menghasilkan rizom berwarna merah jambu air dan kuning pucat serta mempunyai rasa pedas. Rizom yang semakin tua akan menjadi berserat dan keras serta mengeluarkan bau harum yang kuat. Rizomnya itu sering digunakan sebagai bahan utama penyedap rasa dalam beberapa masakan daging dan ayam seperti rendang, serunding dan lain-lain masakan.
SUMBER : wikipedia
Ulasan
Catat Ulasan