POKOK SIAK





 

Pokok Siak

 

PENGENALAN

 

Herba jenis renek ini tumbuh berumpun dan ketinggiannya boleh mencapai 1 m. Daunnya panjang (eliptik atau lanseolat), agak keras, berpelepah dan hujungnya tajam (akut). Bunga terbit dihujung tangkai yang panjang melebihi helaian daun (30 -60 cm). Bunga biseksual, berwarna ungu kebiruan dan kadangkala putih atau kekuningan. Buah bentuk beri, bergaris pusat 9-15 mm, berwarna biru keungguan dan lebih berkilau setelah matang. Setiap buah mempuyai 3-4 biji. Biji berbentuk ovoid, berukuran 5mm panjang, lembut, hitam tetapi berkilau.

 

 

KEGUNAAN

 

Akar pokok siak yang telah dikeringkan dikunyah atau pes akarnya yang segar disapu pada perut bagi merawat kecacingan. Pokok herba ini dikatakan dapat mengubati penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya. Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan selepas bersalin. Abu akar dan daun pokok siak digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat bisul, gatal, juandis, kudis herpes dan sakit urat. Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau bahan makanan lain digunakan sebagai umpan untuk membunuh tikus.

 

 

SUMBER

https://herba.herbal.my/siak-siak-daniella-ensifolia

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini