POKOK BISMILLAH


 

 

Pokok Bismillah

 

 

Pokok Bismillah sering kali menjadi pilihan di kalangan masyarakat umum bagi tujuan pelbagai jenis rawatan. Salah satu daripada pokok herba yang mempunyai pelbagai jenis khasiat. Ia sering digunakan dalam rawatan untuk meredakan demam kuning, melegakan sakit perut, merawat bisul dan kayap, meningkatkan kesuburan wanita. Penggunaan pokok herba mampu mengurangkan kebergantungan kepada rawatan dan ubatan moden yang diketahui mempunyai kesan sampingan kepada kesihatan masyarakat.

NAMA LAIN

Sambung nyawa (Pulau Pinang, Kedah), sambung hayat (Kedah), ketum hijau (Pahang), Ketum Cina (Negeri Sembilan), Bismillah (Kelantan, Terengganu, Pahang), Pokok bistila (Kelantan).

Tumbuhan ini tumbuh liar di kebanyakan negara Afrika Tropika. Di Semenanjung Malaysia, tumbuhan ini ditanam di kawasan perumahan

SIFAT

Tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m . jenis batang bercabang, bewarna kelabu-perang, licin, batang muda berbentuk bersegi.

Daun tersusun secara berselang seli, berbentuk oval, tepi daun hampir licin, bergigi halus. Jambak bunga pada terminal, berwarna hijau.

CARA PEMBIAKAN

Keratan batang

 

 

CARA GUNA (PERUBATAN TRADITIONAL)

MERAWAT KAYAP

 

Bunga pokok bismillah dicampurkan dengan umbut daun palas, bunga keludup, bunga kemunting, pucuk buasir, daun sirih, dan isi pinang. Kesemua bahan ditumbuk dan disapukan pada tempat terkena kayap (Terengganu)

 

MERAWAT BISUL

Tujuh helai daun bismillah ditumbuk dan ditempelkan di bahagian bisul (Kedah)

 

MEREDAKAN DEMAM KUNING

Keseluruhan pokok bismillah, pokok dukung anak dan pokok ketumbit dibasuh sehingga bersih. Ramuan direbus bersama-sama sedikit halba sehingga mendidih. Air rebusan dijadikan mandian pada waktu pagi tiga hari berturut-turut (Kelantan)

MERAWAT GOUT

Dua helai daun bismillah direndam di dalam secawan air panas. Air dibiarkan suam dan diminum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam (Kedah)

MENGAWAL TEKANAN DARAH

Cara 1

Beberapa helai daun bismillah direndam di dalam air panas dan diminum selepas dibiarkan suam (Kedah, Pahang)

Cara 2

Tiga helai daun bismillah direndam di dalam air panas dan biarkan suam. Minum sehari sekali selama tiga hari (Perak, Terengganu)

Cara 3

Daun bismillah dijadikan ulam-ulaman (Terengganu)

 

RAWATAN KOMPLEMEN KEPADA MASALAH JANTUNG

Tiga helai daun bismillah direndam di dalam air panas dan dibiarkan semalaman. Air diminum sehari sekali selama tiga hari (Perak)

 

Kesan Sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

 

 

SUMBER RUJUKAN

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini