POKOK KANCING BAJU MERAH




 

Pokok Kancing Baju Merah
 

 

PENGENALAN

 

Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang biasa dijumpai di negara kita dikenali dengan nama Kancing Baju atau Butang Baju atau Bunga Butang. Nama ini selalunya digunakan berdasarkan ciri bunganya yang menyerupai butang baju. Antara tumbuhan yang dipanggil dengan nama Kancing Baju ialah Tridad procumbens (Kancing Baju Hutan) , Gomphrena globosa (Bunga Butang) , Abutilon indicum (Kancing Baju Raja) dan Bidens pillosa (bunga Kancing Baju) dan Corchorus capsularis (Kancing Baju Putih/Merah) . Tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan Kancing Baju ini mempunyai khasiat-khasiat perubatannya yang tersendiri.

Daripada kebanyakan tumbuhan kancing baju yang terdapat di Malaysia, yang paling popular digunakan dalam perubatan ialah kancing baju merah. Pokok kancing baju merah yang dikenali juga dengan nama pokok jelita merupakan sejenis tumbuhan yang sama dengan pokok jut yang ditanam untuk dijadikan tali terutamanya di Afrika, Bangladiesh dan India. Selain daripada serat batangnya yang boleh dijadikan tali, daunnya yang kaya dengan protein dijadikan sayur. Penggunaan daunnya yang dikeringkan sebagai teh pula dipraktikkan di negara jepun. Selain daripada itu, di negara barat pula ia digunakan untuk memekatkan sup. Buahnya yang muda serta pucuknya dicampuri bersama salad.

Kancing Baju Merah merupakan sejenis tumbuhan yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Kadar pertumbuhannya cepat. Ia membiak melalui biji benih. Bunganya adalah hemafrodit iaitu mempunyai dua jantina jantan dan betina. Pendebungaan dilakukan oleh serangga seperti rama-rama dan lebah. Tumbuhan ini boleh hidup subur di tanah liat tetapi yang agak berpasir. Ia memerlukan cahaya matahari yang sepenuhnya dan tidak boleh ditanam di bawah teduhan. Ia juga memerlukan air yang cukup dan tanah yang sentiasa lembap. 

KEGUNAAN

Dari aspek perubatan pula tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang amat tinggi. Antara ciri perubatan yang boleh didapati dari tumbuhan ini ialah, penambah selera makan, menguatkan fungsi jantung, pelawas, dan beberapa ciri perubatan yang lain lagi. Antara contoh penggunaannya untuk pengubatan ialah air rebusan kancing baju merah digunakan untuk rawatan di sentri (berak berdarah) , demam, dispepsia dan penyakit hati. Teh yang disediakan dari akar dan putik buahnya digunakan untuk merawat cirit birit. Secara tradisinya di Malaysia ia digunakan untuk masalah di sentri, cirit-birit dan pengawalan cacing (kecacingan) .

Di Malaysia terdapat dua jenis variasi Corchorus capsularis iaitu yang dua jenis pokok Corchorus capsularis – pertama yang batang dan bahagian bawah daun kemerah-merahan atau unggu sedikit (kancing baju merah) dan yang kedua batang dan daun berwarna hijau (kancing baju putih) . Kancing baju merah lebih kerap digunakan untuk perubatan. Selain daripada nama kancing baju, Corchorus capsularis merah juga dikenali dengan nama pokok jelita. Ciri utama utk mengenali tumbuhan ini dalah capsul buahnya dan daun yang berekor di kedua-dua bahagian pangkal.

Di Malaysia bahan-bahan daripada pohon kancing baju digunakan dalam ubat periuk wanita lepas bersalin dan sebagai salah satu bahan maajun untuk orang lelaki. Ada juga yang mengamalkan makan sehelai dua daun kancing baju setiap hari bagi menjaga kesihatan. Khasiatnya, kalau baca dalam kitab-kitab perubatan lama, atau kalau mengikut orang tua-tua sangat menakjubkan. Daun yang disyorkan untuk amalan harian diambil daripada pokok yang belum berbunga.

Kegunaan lain tumbuhan ini ialah sebagai jut yang digunakan untuk membuat guni dan tali. Serat yang terdapat pada batangnya diproses untuk dijadikan tali dan guni yang merupakan antara industri besar yang terdapat di Afrika, India dan bangladesh. Batangnya dituai ketika tumbuhan ini sedang berbunga dan direndam dalam air sehingga ia mereput untuk memudahkan proses mengeluarkan seratnya. Oleh kerana ia merupakan jenis tumbuhan yang mempunyai ranting yang banyak dan banyak bercabang, jika ia ditanam untuk seratnya , ia terpaksa ditanam rapat-rapat untuk mengurangkan keupayaan menghasilkan ranting dan cabang. Untuk proses pembuatan kertas pula , serat yang terhasil akan direbus selama 2 jam sebelum diproses untuk dijadikan kertas. Kertas yang terhasil akan berwarna kecoklatan.

SUMBER

https://www.melur.com/direktori-tumbuhan/kancing-baju-merah/

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini