POKOK SAGU SAPIN




 

Pokok Sagu Sapin

 

PENGENALAN

 

Pokok Sagu Sapin merupakan panggilan tempatan yang biasanya hanya dikenali di kawasan Pantai Timur. Nama yang sering digunakan untuk tumbuhan ini ialah Ubi Bemban atau Ubi Belanda. Panggilan saintifiknya ialah Maranta Arundinacea. Tumbuhan ini amat jarang ditemui masa kini.

Pokok Sagu Sapin atau Ubi Bemban mudah ditanam. Sekali tengok, ia menyerupai pokok Kunyit. Ia ditanam secara pecahan rumpun dan hasilnya mudah didapati. Orang dulu-dulu menjadikan ubi Sagu Sapin sebagai makanan ringan seperti snek, menjadi juadah pada waktu pagi atau minum petang.

Isi ubi Sagu Sapin ada yang sepanjang kira-kira 10 sentimeter, direbus dengan campuran air garam atau dibakar. Tekstur ubinya tidak seempuk ubi kayu, ia lebih kenyal dan banyak serat. Semakin tua ubinya, semakin banyak serat dan jika ubi yang muda, tekstur lebih lembut dan sedap untuk dimakan.




 

 

KHASIAT

Ubi Sagu Sapin bukan sahaja sedap untuk dihidangkan tetapi ia juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan.

Merawat Jerawat

Licinkan kulit muka menggunakan ubi Sagu Sapin. Hiris halus atau hancurkan ubinya dan letak pada kulit yang berjerawat seperti topeng muka. Biarkan hingga kering. Jerawat akan pulih dan mengurangkan keradangan kulit.

Ubat Untuk Sakit Mata

Batang Sagu Sapin diperah sehingga keluar air. Air batang Sagu Sapin dititiskan dalam mata. Kaedah lain adalah rebus ubinya dan air rebusan tersebut dititis dalam mata. Merah mata akan beransur hilang.

 

Hilangkan Ulcer Mulut

Ulcer mulut biasanya berpunca kerana tidak cukup minum air. Untuk menghilangkan ulcer mulut dengan cepat, makan isi ubi Sagu Sapin. Pastikan ubinya dibasuh hingga bersih dan kunyah lebih lama. Ulcer akan kecut dan mulut akan jadi bersih.

 

Menurunkan Haba Badan Ketika Demam

Ubi Sagu Sapin bersifat sejuk. Jika demam semakin tinggi suhu, amalkan minum air rebusan ubinya atau makan ubinya. Suhu badan akan beransur turun.

Menghilangkan Sakit Perut

Rebus ubi Sagu Sapin dan campurkan dengan sedikit gula sebagai perasa. Minum air ketika suam. Ia akan menghilangkan rasa sakit perut, cirit-birit, kembung dan tidak keselesaan lain.

Meredakan Kencing Kotor

Ubi Sagu Sapin membantu meredakan penyakit kencing kotor atau penyakit yang berkaitan dengan salur atau pundi kencing.

Meredakan Bisul Dan Sengatan Serangga

Daun Sagu Sapin yang matang, dilayurkan atas api hingga layu. Daun akan jadi berminyak, tampal pada bahagian yang bisul atau disengat serangga. Cara ini akan mempercepatkan kematangan bisul.

Ubat Kayap

Ubi Sagu Sapin yang sudah matang boleh merawat kayap. Hancurkan isi ubi dan tampal pada bahagian yang terkena kayap.

 

SUMBER

https://sahih.com.my/ubi-bemban-merawat-penyakit-secara-tradisional/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini