POKOK KADUK
POKOK KADUK (Piper sarmentosum) mungkin kurang dikenali ramai merupakan adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Piperaceae yang terdapat di Malaysia dan natif dari negara kita. Daun Kaduk telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan segar bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Pokok kadok mempunyai bentuk daun seperti daun sireh (Heart Shape) atau lonjong yang berwarna hijau gelap dan urat daun yang jelas dan berketak-ketak. Bahagian daun merupakan komponen yang digunakan sebagai ulam dimana daun ini akan mengeluarkan aroma atau bau apabila diramas atau di koyakkan. Daunnya mempunyai rasa seperti berlada (Pedas) dan sedikit pahit sesuai untuk dijadikan ulam yang segar. Batangnya adalah jenis yang agak lembut berwarna hijau. Tumbuhan ini mempunyai akar serabut atau 'lateral roots' yang aktif.
Tanaman kaduk mudah dan cepat membesar jika dijaga dengan rapi. Daun kadok mempunyai khasiat tersendiri dalam perubatan tradisional Melayu sejak zaman dulukala. Maklumat yang diperolehi mendapati khasiat tumbuhan kadok dapat menyembuhkan penyakit sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang. Daun kadok juga menyembuhkan panyakit panau, menghilangkan batuk-batuk serta membunuh cacing dalam perut.
![]() |
Perbezaan daun Kaduk dan daun Sirih |
|
SUMBER
Wikipedia
Ulasan
Catat Ulasan