POKOK KAYU MANIS
PENGENALAN
Pokok Kayu Manis (Cinnamomum zeylanicum atau juga dipanggil Cinnamomum verum) dari keluarga LAURACEAE merupakan sejenis tumbuhan rempahratus yang mempunyai lebih dari 2,000 spesis didunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari Sri Lanka dan Selatan India dimana kini tersebar di seluruh dunia terutama yang beriklim tropika. Tanaman kayu manis juga terdapat di Malaysia dengan anggaran keluasan bertanam sekitar 50 - 80 hektar. Sri Lanka merupakan pengeluar utama kayu manis dunia dimana hampir 90% pengeluaran kayu manis dihasilkan olehnya diikuti dengan China, India dan Vietnam. Kayu manis dahulu hanya tanaman liar semulajadi tetapi kini telah dikomersilkan sebagai tanaman yang memberikan nilai ekonomi yang signifikan. Kalau anda perasan mengenai pokok kayu manis ini, sebenarnya pokok ini banyak ditanam dikawasan Kerajaan Tempatan dan Majlis Bandaraya sebagai pokok hiasan atau ornamental tree. Bagi sejenis kayu manis genus Cassia pula dikeluarkan oleh negara Indonesia iaitu sebanyak 40% pengeluaran dunia.
Pokok kayu manis atau dipanggil Cinnamon, Ceylon Cinnamon, True Cinnamon (Inggeris), Kayu Manis (Malaysia, Indonesia), Cenelle (Perancis), Cannella (Itali), Yook Gway (China), Ceylonzimt, Kaneel (Germany) dan dal-chini, darchini, dhall cheene (India).
MORFOLOGI
Pokok kayu manis merupakan tumbuhan pokok renek, berkayu, bercabang dan mampu tumbuh sehingga 7-15 meter tinggi dan liar dalam hutan. Dengan sentiasa buat cantasan dan amalan agronomi biasanya ketinggian pokok sekitar 2 meter sahaja untuk tujuan komersil. Tumbuhan ini sangat sesuai tumbuh dan hidup diatas tanah pasir putih kerana hasilnya lebih berkualiti jika dibandingkan dengan tanah laterit seperti kajian di Sri Lanka. Daun kayu manis berbentuk 'ovate' berwarna hijau gelap dibahagian atas dan hijau cerah dibahagian bawah. Kulit kayu berwarna coklat kekuningan, lembut dan mempunyai aroma. Bunga berwarna putih kekuningan yang kemudian menghasilkan buah berwarna ungu kehitaman bersaiz kecil.
PENANAMAN
Cara penanaman kayu manis ialah menggunakan anak benih yang disemai dari biji yang telah matang. Biasanya untuk tujuan pembiakan buah kayu manis akan dibalut dengan plastik untuk mengelakkan buah dan bijinya dimakan burung. Benih yang matang mudah tumbuh apabila disemai. Jarak tanaman disyorkan adalah 3-4 m x 3-4 m bergantung kepada keadaan tanah.
PEMPROSESAN
Kayu manis lazimnya dituai pada musim hujan dimana pada waktu itu kadar pertumbuhan batang dan dahan sangat aktif dan kulit mudah untuk di kupas atau di kopek dari batang kayu. Dahan yang berpucuk dipotong apabila panjangnya mencapai 2 meter atau 12-50 mm ketebalan kulitnya. Kulit yang dikoyak di potong panjang dngan teliti dengan 2 bahagian jalur (strips). Kulit ini dibungkus dengan kain guni dan diperam selama 24 jam. Bahagian luar kulit kayu akan dikikis dan dibiarkan kering perlahan-lahan.
Semasa menjemur kulit kayu manis , kulit tersebut akan 'bergulung' secara semulajadi yang dipanggil sebagai 'quills' yang akan disusun dan digredkan sebelum dijual. kayu manis yang cukup kering tahan lama disimpan dalam keadaan biasa tanpa kehilangan kualitinya. Kini banyak kayu manis di proses untuk dijadikan debu, cecair, pes atau serbuk (powder form) bagi memudahkan pemasaran dan penggunaannya.
KEGUNAAN
Masakan
Kegunaan kayu manis memang sinonim dengan masakan orang Melayu sejak dulu kala. Bahan kayu manis banyak digunakan untuk masakan 'desserts' seperti membuat kek, puding susu-beras, coklat dan sebagainya. Kayu manis sebagai rempah digunakan dalam masakan daging, kambing dan sebagainya. Ada yang menggunakan untuk campuran minuman seperti dengan kopi, koko, wain dan coklat.
Perubatan
Kegunaan yang lebih bemakna ialah untuk tujuan kesihatan dimana dengan meminum 1 sudu air kayu manis setiap hari menurunkan paras gula dalam darah, menurunkan kolesterol sehingga 20% bedasarkan daripada kajian2 yang dijalankan terutama mereka yang ada kencing manis. Tabib perubatan China mengamalkan dengan cara unik iaitu mengigit kulit kayu manis atau ambil serbuk kayu manis kerana didapati mengurangkan batuk dan membuang lendir dalam tekak.
Kayu manis dapat membantu masalah cirit birit , muntah-muntah dan pening kepala akibat keracunan makanan. Kayu manis mengandungi cinnamaldehye yang membantu pengaliran darah dalam tubuh manusia. Penggunaan kayu manis juga membantu dalam proses penghadaman dalam usus kita. Kajian klinikal juga mendapati kayu manis mempunyai kesan anti kulat (antifungal) dan anti bakteria serta 'uterine stimulant'.
SUMBER
Anim Agro Technology
http://animhosnan.blogspot.com/2011/01/kayu-manis.html
Ulasan
Catat Ulasan