POKOK LIMAU KASTURI

Pokok Limau Kasturi




 


PENGENALAN

Jarang orang tidak mengenali pokok ini. Buah limau kasturi mempunyai pelbagai jenis kegunaan. Rasanya yang masam selalu menjadikan dia sesuai sebagai bahan perasa semula jadi dalam masakan. Dalam minuman, ia turut digunakan kerana masyarakat percaya khasiat kesihatan yang banyak dalam buah limau kasturi.  Ia boleh menghilangkan batuk, sakit kepala, mengurangkan lelah, menghilangkan bau badan. Selalunya individu yang ingin menurunkan berat badan, buah limau kasturi sentiasa menjadi pilihan diet yang diamalkan oleh mereka.

            Pokok Limau Kasturi merupakan tumbuhan daripada famili Rutaceae, genus Citrus dan spesis Japonica. Ia sinonim dengan nama Citrus macrocarpa bunge. Nama saintifiknya ialah Citrus japonica dan nama tempatan ialah Limau kasturi, limau cuwit.

 

MARFOLOGI / CIRI-CIRI

Pokok limau kasturi sederhana kecil boleh mencapai ketinggian sehingga 4m. Batangnya kurus dan kecil, sedikit berduri, bercabang dan dahannya menegak. Daun tersusun berselang, berbentuk eliptik hingga obovat, pangkal daun akut, tepi daun sedikit krenulat, hujung daun retus, sedikit berlekuk, permukaan atas daun berkilat dan berwarna hijau gelap, permukaan bawah daun agak pudar, beraroma apabila diramas. Tangkai daun sedikit bersayap dan marginat.

Jambak bunga pada aksilari atau terminal, bunga berwarna putih, berbau harum, kaliks bunga bergigi lima, petal lima, filamen bergabung dalam satu tiub.

Buah jenis beri, berbentuk subglobos hingga globos dan rata pada bahagian hujung buah, bertukar kepada warna kuning kehijauan hingga merah jingga apabila masak. Mempunyai rasa masam. Bijinya kecil dan berbentuk obovoid.

 

CARA PEMBIAKAN

Keratan batang dan biji benih

 

 

Buah Limau Kasturi

 

KAJIAN SAINTIFIK

Hasil kajian yang dijalankan, limau kasturi mengandungi phloretin iaitu bahan yang bersifat anti oksida. Malah kandungannya jauh lebih banyak dari buah epal dan the hijau. Kandungan vitexin yang ada juga bagus bagi mencegah penyakit jantung dan kanser.

Ia juga mempunyai kandungan feluric acid. Bahan ini sering dikaitkan dengan proses melambatkan penuaan dengan mengurangkan kedutan pada kulit.

Sumber vitamin C yang tinggi dalam buah limau kasturi mampu menguatkan sistem imun badan, meningkatkan penghasilan kalogen bagi kulit dan bersifat anti radang.

Kandungan unsaturated fatty acids mengurangkan kandungan kolesterol darah seterusnya mencegah daripada penyakit kardiovaskular.

 

BAHAN AKTIF

Bahan aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, saponin, tannin, phoretin, feluric acid, vitamin C, unsaturated fatty acids.

 

KEGUNAAN

Di Malaysia, buah limau kasturi sering digunakan untuk mengurangkan lelah, menghilangkan bau badan, menurunkan berat badan, menghilangkan sakit kepala dan batuk. Bagi lelaki, ia mampu menguatkan stamina dengan menggunakan buah limau kasturi. Ia merupakan satu bahan detox yang baik untuk kesihatan.

Buah limau kasturi banyak dihasilkan sebagai produk. Ada antaranya untuk mengurangkan kelemumur, daun juga sebagai salah satu kandungan dalam bahan pencuci. Ia mampu menghilangkan kotoran  pada permukaan. Ia juga mampu untuk mencantikkan kulit.

Selain itu ia dapt melegakan batuk, merawat peparu berair, penjagaan kesihatan dalaman dan juga sebagai mandia bagi ibu selepas bersalin.

 

SUMBER

https://www.psherbs.com/pokok-limau-kasturi/

 

Ulasan