POKOK  LIDAH BUAYA


 

 


 

 

Spesies tumbuhan dalam genus Aloe. Tumbuhan malar hijau saka ini asli di Semenanjung Arab, tetapi ia meliar sebagai spesies ceroboh di iklim-iklim tropika, separa tropika dan kering seluruh dunia. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi AlgeriaMaghribiTunisia di utara Afrika serta kepulauan Canaria dan Madeira.

Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun, ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia. Spesies ini juga menarik sebagai tanaman hiasan.

 

DAUN

Helai daunnya tebal berwarna hijau muda atau hijau kekelabuan di luar, tepinya penuh duri. Dalamnya berisi jeli. Daun-daunnya disusun melingkar rapat. Pangkal daunnya tersusun berbentuk sarung. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup.

Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur. 

 

PERUBATAN

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzemaSap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).

Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solekpelembap kulitsabunpelindung cahaya mataharisyampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.

 

 

SUMBER : wikipedia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini